Wednesday, March 30, 2011

Kenapa nak melenting, Kak Izat?

Salam Perjuangan,

Pagi ini, saya membaca surat khabar dan agak menarik tajuknya, pasal pemandu wanita
yang isu diperkatakan oleh Abang Bung Mukhtar, laki pada Zizie  Ezzte, dia kata pemandu wanita lebih bahaya, lepas itu ramai yang dah berkokok dan melenting sampai ada yang suruh Abang Bung  Mukhtar letak jawatan, Kak Izat pun dah melatah, ramai dah melenting marah kat Abang Bung Mukhtar.

Pada hemat saya, ada asasnya kenyataan Abang Bung  Mukhtar kita, saya ada pengalaman pasal perangai pemandu wanita, setiap pagi saya pergi kerja di Melaka, semasa saya memandu, ada kereta yang dipandu oleh wanita, potong “double line”, lepas tu ada yang masuk simpang, tak bagi signal, ada yang bawak laju, saya pernah tegur isteri saya yang suka bawa laju, kakak ipar saya pernah bawa laju dalam hujan tiba-tiba kereta terbalik.

Abang Bung Mukhtar bermaksud wanita, tak semua wanita, cuba baca betul-betul statement dia, nak tanya Kak Izat, kak bawak kereta laju tak, nak tanya ahli parlimen wanita,bawak laju tak? Rasa-rasa tak,  pasal semua ada pemandu sendiri.

Tak payah nak melenting, tak payah nak melatah, anggap saja kata-kata Abang Bung Mukhtar satu ingatan, tak kira pemandu wanita atau lelaki, patuhilah undang-undang jalanraya.

Tak payah suruh Abang Bung Mukhtar letak jawatan, suruhlah “Datuk Y” letak jawatan.
Cukuplah tu.

Tapi apapun, saya respek Abang Bung Mukhtar kerana berterus-terang. Macam inilah YB yang berani!!!! Bertambah sayang Zizie pada Abang Bung!

Sahabat blogger kita jadi mangsa banjingan Pakatan

Salam,

Medan Info Kita jadi mangsa terbaru banjingan Pakatan, blog sudah dihackkan.

Jaga-jagalah blog kita...pasang anti-hack software, apa yang patut!!!!

Harap MIK bersabar dengan dugaan ini...

Wassallam. Revolution!!!!

Monday, March 28, 2011

Pertanyaan buat Penyokong Pakatan

Salam Perjuangan,

Kadang-kadang saya ingin bertanya pada penyokong tegar Pakatan Rakyat @ Rosak..


1. Kenapa anda menyokong pakatan?
2. Apa hebatnya pakatan rakyat?
3. Apa hebatnya Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Lim Kit Siang?
4. Ada mereka pernah melawat kamu masa kamu senang dan susah?
5. Sanggupkah kamu pertaruh nyawa, harta demi Anwar?
6. Apakah dia pemimpin yang hebat, sambil kamu sanggup baring ditengah jalan..?
7   Apakah kamu sanggup menerima pemimpin yang menjual agamanya demi politik dan peribadi?
8. Apakah kamu lupa, suatu masa dahulu Anwar pernah bersama umno. dia pernah mencaci pemimpin kamu!

 Ada yang sanggup menggodam laman blog pro-bn, kerana taksubnya pada Anwar.? Kenapa?
 Ada yang sanggup memutuskan silatulrahim, hubungan keluarga, kerana taksub dengan Anwar?
Apa hebatnya Anwar sambil ada yang rela berjuang demi Anwar?

Tanya Ezam, dia sanggup masuk penjara dan ISA kerana Anwar!
Dia sanggup jaga keluarga Anwar sampai Kak Wan panggil mak Ezam "Bonda"!
Dia sanggup dibelasah, dipukul oleh FRU demi Anwar!
Setiap denyut nadi, air mata dan darah, demi Anwar!!!
Tapi, akhirnya kerana perangai Anwar, Ezam tinggalkan Anwar..

Tanya Zahrain, Zul Nordin, Nalla, Ghani Haron, Anuar Shaari, Zahid Md Arif dan lain-lain yang bersama Anwar berpuluh-puluh tahun akhirnya tinggalkan Anwar? Mereka pernah menjadi penyokong tegar!

Kenapa kamu tak tanya mereka? Apa ada dengan Pakatan? Apa ada dengan Anwar?

Oh, kerana Anwar anugerah Tuhan? kalau lah dia anugerah Tuhan.......,

Dia takkan khianati Datuk Suhaimi Kamarudin!
Dia takkan khianati Arwah Pak Ghafar Baba!
Dia takkan khianati Tun Dr M, Pak Lah, Tan Sri Sanusi Junid, Rahim Thamby Chik!
Dia takkan fitnah Najib dan Kak Rosmah!
Dia takkan "buat" Saiful!
Dia takkan merendahkan Pas yang dianggapnya "Parti Kampung"!
Dia takkan kawan dengan Paul Wolforwitz dan Al Gore!
Dia takkan bersekongkol dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh!
Dia takkan tunda kes liwat dia!
Dia akan mengaku yang dia aktor dalam "Wayang"!
Dia takkan menerima "sumbangan" dari Azmin Ali !

Inikah anugerah Tuhan yang dlaungkan oleh Kak Wan?

Orang macam ini yang kamu nak angkat jadi PM?

Kalau saya, mati hidup balik pun,  Anwar tak layak jadi PM!!

Sedarlah, wahai kawan-kawan ku dalam Pas, Pkr dan Dap!!
Dulu saya pun menyertai gerakan reformasi!
Saya pernah dikejar oleh FRU!!
Tapi saya sudah kembali menyokong kerajaan, atas rasa keinsafan dan kesedaran,
Alhamdulillah....
Apa kah saudara nak Malaysia jadi  macam Mesir dan Libya?
Renungkan lah....Muhasabahlah..

Wassallam..

Thursday, March 24, 2011

Kalau lah Tun Ghafar masih hidup

Salam Perjuangan,

Luka yang lama terguris kembali..

Nostalgia tahun 90 an kembali

Rahim vs Anwar lagi

Kalau dulu Anwar kantoikan Rahim sampai kena letak jawatan(dengan bantuan Lim "Umar Al-Aziz")

17 tahun berlalu, kini giliran Anwar menerima pembalasannya...

Rahim has breaking his silence!!

You are going straight to hell, Anwar!!!

Kalaulah Pak Ghafar masih hidup, tentu dia akan ketawa besar, "Padan muka kau, Anwar, dulu kau jatuhkan aku,sekarang Rahim yang akan lingkupkan kau!!!"

Cerita pasal Rahim vs Anwar.....


KLIK KAT SINI!!!

Wassallam, Revolution!!

Apa kaitan Yayasan Selangor dengan lagu ini?

Salam Perjuangan..

Apa kaitan Yayasan Selangor dengan lagu ini?

Memang ada, cuma yang nyanyi orang lain.

Wednesday, March 23, 2011

Lagu untuk Datuk Y

Salam Perjuangan.

Sudah terang nampak bersuluh, The Three T sudah tunjuk muka, Press Confrence lagi.....Penjelasan sudah diberi...Johari Abdul dah kantoi!!!!, eh.....seorang lagi, lagi dah kantoi..

Lagu untuk Datuk Y


Wassallam. Revolution!!!

Monday, March 21, 2011

Buku yang wajib dibaca oleh Blogger

Salam Perjuangan,

Apa? Al-Jub main video lucah? dengan siapa?

Ok, pakar liwat kat video lucah?

Tak apa, "ini konspirasi", macam itulah ayatnya nanti..

Tapi, saya nak berkongsi bersama, buku yang saya selalu baca(bila isteri dan anak anak dah tidur)

Ada 5 buah buku yang menjadi kegemaran saya, dan wajib dibaca oleh bloggers..

1. A Doctor in the house - Tun Dr Mahathir(MPH Publication)  - RM 100.00
2. Penitian ku - Tun Ghafar Baba (Sure Focus Sdn Bhd) - RM 95.00
3.  Islam dan Persoalan Rasuah - Mohd Ezam(hero saya) Mohd Noor / Sapto Waluyo - RM 37.00
4. Kontrak Sosial - Abd Manaf  Hj Ahmad -  Utusan Publication  - RM 29.00
5. Najib Razak - PM Malaysia - Datuk Chamil Wariya  (MPH Publication) - RM 19.90

Saya ingin mencari 2 buah buku lagi "Interlok" dan "50 Dalil Kenapa Anwar Tak Boleh Jadi Perdana Menteri", puas saya cari namun tak jumpa.Siapa yang anda, saya sanggup beli.

Saya recommend para blogger dapatkan buku-buku tersebut samada dikedai buku atau beli melalui
talian (on line) di http://www.mphonline.com.

"Bacalah dengan nama TUHAN anda, bukan dengan nama Tuan anda"
"Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya"

Wassallam, Revolution.

p/s: Bulan April ini saya nak buat artikel mengenai Allahyarham Tun Ghafar Baba, tunggulah nanti.

Sunday, March 20, 2011

MB Selangor akan bakal di kantoikan....ha ha ha!

Salam Perjuangan,

MB Selangor akan bakal dikantoikan tak lama lagi. Kenapa?

Nak tahu detail?

KLIK DISINI

Wassallam. Revolution!!!!

Saturday, March 19, 2011

Flashback: Memang Anwar Pembohong Besar!!!!

Salam perjuangan.

Betul kata YB Zahrain, Anwar memang pembohong besar, antara contoh pembohongan oleh Pakar Liwat.
Lihat klip video ini betul-betul, itu pun kalau tak percaya lagi, entahlah.

Tuesday, March 15, 2011

Ghafar Baba tokoh politik setia, rela berkorban

Ghafar Baba tokoh politik setia, rela berkorban

SUDAH hampir lima tahun Tun Ghaffar Baba meninggal dunia. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Naib Presiden UMNO yang paling lama ini bukanlah tokoh politik yang populis atau opportunist.
Tetapi beliau adalah satu-satunya politikus sederhana humble dan ala kekampungan pernah dilahirkan oleh UMNO sebelum dan selepas merdeka. Sebab itulah portfolio yang dipegangnya hanyalah Kementerian Pembangunan Luar Bandar semasa berada dalam Kabinet.
Semua langkah dan tindakannya dalam politik tidak pernah menggambarkan yang beliau adalah seorang yang mementingkan diri atau jawatan.
Sama ada beliau berada dalam Kabinet kerajaan atau di luar Kabinet, kesetiaan kepada parti UMNO dan Barisan Nasional khasnya tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa.
Semasa MCA dalam tahun 80-an berpecah menjadi dua kumpulan, beliau menjadi orang tengah mendamaikan kedua belah pihak.
Semasa Tun Dr. Mahathir menghadapi krisis dengan Timbalannya, Tun Musa Hitam, beliau tampil membantu Dr. Mahathir memperkuatkan UMNO yang pada masa itu terbahagi kepada team A dan B. Sehinggalah beliau menjadi Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, UMNO kembali pulih dan kuat.
Tetapi akhirnya atas tuntutan amalan demokrasi dalam UMNO pada masa itu, beliau terpaksa akur dan menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua parti dan memberi laluan kepada pencabarnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tun Ghaffar berundur daripada jawatan parti dengan secara humble, sifat semula jadinya, tanpa riuh rendah atau protes. Tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun pada masa itu hati beliau terguris.
Namun, beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang ahli politik yang sederhana, rasional dan tidak emosional dengan terus aktif menjadi ahli parti yang setia dan sentiasa bersedia memberi sumbangan tenaga dan buah fikiran apabila diperlukan.
Ini terbukti sekali lagi apabila UMNO menghadapi masalah besar iaitu kes pemecatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO. Seperti biasa beliau tampil ke depan membantu parti yang beliau tidak pernah belot atau derhaka dalam apa-apa pun situasi. Kesetiaan pada parti adalah keutamaannya.
Itulah Tun Abdul Ghaffar Baba. Seorang nasionalis Melayu tulen dan tentunya bukan seorang opportunist.

TAUFIQ MUBARAK
Rantau Panjang, Kelantan.


p/s: Saya ambil petikan ini dari Halaman Forum Utusan Malaysia 14.3.2011(ISNIN)
Arwah Pak Ghafar adalah pemimpin Umno yang patut kita contohi. Alfatihah untuk Arwah Pak Ghafar
Apakah pemimpin Umno dapat mencontohi semangat Arwah Pak Ghafar???

Sunday, March 13, 2011

Eli Wong mati terbakar? Betul ke ini?

Duta "Pelencongan" Selangor, Elizabeth Wong, diberitakan mati terbakar, betul ke, Eli Wong yang mana? Yang ratu porno ke atau  orang yang namanya  sama, kalau orang lain, tak apalah, tapi kalau Eli Wong yang itu, kena PRK lagi..!!!!


Minta confirm kan..

Wassallam.Revolution!!!

Saturday, March 12, 2011

Anwar akan diTsunamikan oleh Kak Ummi!!!!

Salam Perjuangan

Nampaknya Kak Ummi semakin mengganas demi mempertahankan yang hak!

Bagaikan tsunami 1.46 ptg semalam, Kak Ummi terus membadai dan menghempas Anwar!!

Ceramah demi ceramah, malam ini, malam esok dan entah bila lagi'

Sayang akak Ummi, teruskan akak, kami bloggers menyokong mu 200%

Kalau akak hilang suara, Rahimi ada, Ezam ada, Zahid Md Arip, Ghani Haron ada..no hal!!!

 Kasi  gegar satu Malaysia!!!!!

Hidup Kak Ummi!!!! Kasi Tsunamikan Raja Drama, Pakar Liwat no 1 Malaysia!!!

Wassallam, Revolution!!!!

Mari kita Tsunamikan Pakatan Rosak!

Salam Perjuangan dan Salam 1 Malaysia,


Terlebih dahulu saya mewakili rakan rakan blogger mengucapkan salam takziah kepada rakyat Jepun kerana gempa bumi dan tsunami yang berlaku diJepun semalam, dengar lebih 1000 orang telah terkorban, Apapun rakyat Jepun sudah lali dengan gunung berapi, gempa bumi, tsunami dan taufan.



Malaysia pernah dilanda Tsunami, tapi Tsunami PRU12, dimana BN telah tumbang dibeberapa negeri, namun setelah DS Najib mengambil alih pemerintahan, BN telah bangkit dari Tsunami PRU12 dan dari Manek Urai hingga ke Merlimau, BN telah bertambah kuat dan buktinya PRK, undi terhadap BN semakin meningkat.

Dan sekarang giliran Pakatan Rosak akan dihentam Tsunami dari rakyat kerana mereka gagal menjalankan manifesto mereka setelah 3 tahun berkuasa, rakyat seperti ombak tsunami, akan menghentam dan meranapkan pantai Pakatan Rosak pada PRU13......

Mari kita Tsunamikan Pakatan Rosak!
Mari kita  Tsunamikan Anwar Ibrahim hingga terlantar di penjara Sungai Buluh!

Wassalam, Revolution!!!!!

Thursday, March 10, 2011

Brader Saifuddin nak jumpa bloggers?? Boleh tapi..

Salam Perjuangan...

Terima kasih pada GAP kerana info terkini, apa? Saifuddin Abdullah nak jumpa bloggers pro-bn malam ini?
Sudah ludah, jilat balik??? Lepas dia ancam nak balun kami, dia nak jumpa???? Kalau mati hidup balik pun kami tak nak jumpa.


Apapun, sebagai orang Islam, kita hormati hak Islam, bila orang jemput, kita datang, Ya, tak ada masalah, soal nak sogok dengan duit itu hal lain, manalah Saifuddin berani nak buat macam itu, sekarang SPRM have no mercy, beri rasuah, tangkap tak kira siapa.Kita bersedia berjumpa dengan Saifuddin tapi ada syaratnya...


Saifuddin kena minta maaf secara terbuka pada blogger kerana nak balun kami, beliau kena menyatakan pendirian dan sebab kenapa dia sokong buku jin-gay itu, ? dan satu lagi, stay away from Anwar...!!!
Kami tak minta apa-apa dari Saifuddin, cuma dia adalah wakil rakyat dan menteri dalam kerajaan, dia harus menjalankan tanggingjawab yang diamanahkan oleh kerajaan, bukan jadi perkakas pada Anwar, kenapa harus Saifuddin bersengkongkol dengan pengkianat no 1 negara? Apakah Saifuddin terhutang budi pada  Anwar?Saifuddin kena belajar dari Ezam  dan mantan ahli PKR yang Anwar hanya memperalatkan beliau..

Semoga Allah memberi pertunjuk pada manusia yang bernama Saifuddin Abdullah ini, Saifuddin harus mengiktiraf peranan Blogger Pro-BN, bukan hentam secara membabi buta sahaja, saya pun rasa terbakar bila Saifuddin cakap macam itu, berubahlah Saifuddin, sebelum Najib tahu dan dia akan 'ubahkan' kamu,

Kami tegur kamu kerana sayangnya  kami pada  Barisan Nasional  dan Anwar akan kami lawan habis-habisan!!!

Sekadar meluah perasaan kami, maafkan kami Datuk Saifuddin, ini untuk kebaikan bersama..

Wassallam, Revolution!!!!

Wednesday, March 9, 2011

Buku Che Det yang terlaris dipasaran!


Salam Perjuangan,

Buku “ A Doctor in the house” karya mantan PM kita, Tun Dr Mahathir telah berada dipasaran sekarang, 844 muka surat, memang bagus buku ini, dia cerita pasal pengalamannya selama 22 tahun jadi PM, cerita pasal ISA, jambatan bengkok, Lee Kuan Yew, Pak Lah dan yang paling panas pasal si Peliwat dan kenapa Tun M pecat si Peliwat
itu, harga tak mahal, Cuma RM 100 sahaja, saya baru sahaja buat tempahan on-line, Insyaallah,minggu depan sampai dirumah(kena bank-in dulu duit lah)!

Khabarnya buku itu laris dipasaran, dalam sehari 1,000 naskah telah dijual dan khabarnya
50, 000 naskah akan diedarkan, memang “hot “ buku ini, jadi apa tunggu lagi, banyak pengajaran dari buku ini, bloggers macam kita patut beli buku ini.

Boleh didapati di gedung buku MPH atau boleh order secara online dilaman web
http://www.mphonline.com , secara kad kredit atau bank-in.

Wajib beli buku ini terutama pada Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin semoga buku ini beri kesedaran kepada mereka! Dan untuk orang Pas dan Pkr supaya kenal siapa Tun M, bukan fitnah dan maki hamun beliau!

Membaca itu indah, Bangsa Membaca adalah Bangsa Berjaya

Wassallam, Revolution!!!!!

Tuesday, March 8, 2011

Saifuddin dan Saifuddin? Sama Aje Kau berdua..

Salam Perjuangan..

Apakah perbezaan wajah 2 pemimpin ini???



Tak sama, tapi ada seiras wajah.....perangai pun sama..penipu...!!
Apasal berubah pulak Saifuddin Abdullah ini......?
Yang Saifuddin Nasution ini..memang pencacai Al-jub's ini..
Samalah kau berdua!!!
Minta DS Najib gugurkan dia dari kabinet dan gugurkan dia untuk jadi calun PRU 13
Kita tak boleh ada pemimpun macam ini, menjadi virus dalam Umno

Wassallam, Revolution!!!

Detail pasal Saifuddin Abdullah..

KLIK DI SINI..

Dan
KLIK LAGI

Sunday, March 6, 2011

Official : Ibra-Ron menang PRK !!!

SYABAS buat brader Ron and Ibra...sudah terbukti, kebangkitan BN sudah tidak dapat di bendung lagi.

Majoriti telah bertambah,namun kerja belum selesai selagi PRU 13 belum diumumkan..


Tahniah buat gabungan mantop Ibra-Ron, dan hasil kerja keras komponen BN tanpa jemu dan henti!

Terima kasih kepada geng blogger seperti GAP, MEDAN INFO KITA, RBF, KERIS PUTERA, HOUSE PK, THE FLYING KICK, GELOMBANG RAKYAT, PAPA GOMO, MIM, GERAKAN TIMUR, TEPAK BERSULAM dan rakan-rakan blogger yang lain yang bekerja keras untuk memenangkan calon kita IBRA-RON!

BN are the champions of the people, to a people
WE ARE THE CHAMPIONS of people...~

Wassallam, REVOLUTION!!!!!!


2-0, Ibra-Ron menang tak rasmi, tunggu manager SPR umum keputusan rasmi

Merlimau dan Kerdau, tak rasmi milik BN sekali lagi....!!!

Tunggu keputusan rasmi nanti, Ibra-Ron  diminta bersabar sikit,..

Merlimau dan Kerdau BN dapat majoriti berganda berbanding PRU12.

Saturday, March 5, 2011

Pesanan Ikhlas buat pengundi di Merlimau dan Kerdau

Salam Perjuangan dan Salam 1Malaysia...

Dalam masa 8 jam lagi, kempen untuk PRK akan berakhir dan dalam 16 jam, pengundian akan bermula,
dan dalam 28 jam, keputusan akan dijangka diumumkan, siapa yang ceria, dan siapa hampa, malam itu penentu seg\alanya, cuma ada pesanan buat pengundi..buat lah pilihan yang bijak, undi bukan untuk hari pengundi, tapi untuk masa depan anak cucu kita, kita tidak mahu dipersalahkan mereka, kerana membuat pilihan yang silap, walaupun kita tidak silap untuk mengundi, sebelum memangkah, fikirkan dulu, apa kah nilai undiku bernilai untuk anak cucuku???? Belajarlah dari kesilapan  PRU KE 12, saudara-saudara kita diSelangor, Kelantan, Perak,Kedah dan Pulau Pinang dan sebahagian dari Wilayah Persekutuan dan PRK di Sibu, Bukit Gantang, P Pauh, Bkt Selambau, Manek Urai, P Pasir terpaksa menanggung sengsara dan kesusahan akibat kesilapan mereka sendri. apakah kita akan melakukan kesilapan yang sama di Kerdau dan Merlimau????  Jangan buat silap lagi, wahai saudaraku di Kerdau dan Merlimau!!! cukuplah, demi kesinambungan pembangunan, modal insan dan demi anak-anak kita dan pewaris kita, demi agama, bangsa dan tanahair, demi keamanan dan kestabilan, demi kerharmonian dan perpaduan umat Islam...hanya satu pilihan ....undilah BN...


Ya Allah, berikan kejayaan pada BN, walau berapa banyak majoriti. Ya Allah, berikan kami pemimpin baru di Kerdau dan Merlimau yang ikhlas berkhidmat demi agamaMU,bangsa dan tanah air...jangan benarkan pemimpin yang bermuka muka dan munafik menguasai kerusi ini..Amin, Ya Rabbal A'lamin

Wassallam, Revolution!!


Doa buat pemimpin kita

Friday, March 4, 2011

Semoga Semangat Pak Ghafar Baba ada di Merlimau!

Salam Perjuangan..

Tinggal 25 jam kempen pilihanraya untuk no27 merlimau akan berakhir, setelah penilitian yang saya buat, didapati BN semakin bersemangat untuk berkempen, walau pun Pakatan Syaitan cuba menabur fitnah dan terdesak untuk berkempen, namun BN nampak tenang dan steady, nampaknya semangat arwah Pak Ghafar Baba ada di Merlimau, Pak Ghafar antara pemimpin yang saya sanjungi dan dihormati, walau sudah 5 tahun dia pergi meninggalkan kita, namun semangat perjuangannya masih ada terutama pada orang Melaka, mungkin generasi baru tak kenal beliau, namun dia antara orang-orang yang memperjuangkan kemerdekaan dan pernah jadi KM Melaka, tabah dan cekal, walau tidak ada lulusan akademik yang tinggi, namun semangatnya amat teguh, dihormati oleh kawan dan lawan. Pernah jatuh, namun bangkit semula, pernah jadi TPM dan pernah hampir jadi PM namun diranapkan oleh manusia bernama AN-WAR IBRAHIM, dalam pemilihan timbalan presiden pada tahun 90an, sehingga nafas terakhirnya, dia merasa sedih dengan pepecahan orang Melayu...jasanya tetap dikenang, ingat orang Melaka, terutama orang Merlimau, dosa Anwar terhadap Arwah Pak Ghafar Baba!!! dan sekarang bersekongkol dengan Pas dan DAP,jangan lupa orang Merlimau, pengkhianatan Anwar terhadap Ghafar Baba...sepatutnya Anwar tidak boleh menjejaki bumi Melaka lagi-lagi Merlimau...

Ayuh pengundi Merlimau, nyalakan semangat Ghafar Baba dihati anda semua......,!!!


Revolution....!!!!!!!

Ada cerita pasal Pak Ghafar oleh Pak Isa Samad, tengoklah video klip ini