Saturday, March 5, 2011

Pesanan Ikhlas buat pengundi di Merlimau dan Kerdau

Salam Perjuangan dan Salam 1Malaysia...

Dalam masa 8 jam lagi, kempen untuk PRK akan berakhir dan dalam 16 jam, pengundian akan bermula,
dan dalam 28 jam, keputusan akan dijangka diumumkan, siapa yang ceria, dan siapa hampa, malam itu penentu seg\alanya, cuma ada pesanan buat pengundi..buat lah pilihan yang bijak, undi bukan untuk hari pengundi, tapi untuk masa depan anak cucu kita, kita tidak mahu dipersalahkan mereka, kerana membuat pilihan yang silap, walaupun kita tidak silap untuk mengundi, sebelum memangkah, fikirkan dulu, apa kah nilai undiku bernilai untuk anak cucuku???? Belajarlah dari kesilapan  PRU KE 12, saudara-saudara kita diSelangor, Kelantan, Perak,Kedah dan Pulau Pinang dan sebahagian dari Wilayah Persekutuan dan PRK di Sibu, Bukit Gantang, P Pauh, Bkt Selambau, Manek Urai, P Pasir terpaksa menanggung sengsara dan kesusahan akibat kesilapan mereka sendri. apakah kita akan melakukan kesilapan yang sama di Kerdau dan Merlimau????  Jangan buat silap lagi, wahai saudaraku di Kerdau dan Merlimau!!! cukuplah, demi kesinambungan pembangunan, modal insan dan demi anak-anak kita dan pewaris kita, demi agama, bangsa dan tanahair, demi keamanan dan kestabilan, demi kerharmonian dan perpaduan umat Islam...hanya satu pilihan ....undilah BN...


Ya Allah, berikan kejayaan pada BN, walau berapa banyak majoriti. Ya Allah, berikan kami pemimpin baru di Kerdau dan Merlimau yang ikhlas berkhidmat demi agamaMU,bangsa dan tanah air...jangan benarkan pemimpin yang bermuka muka dan munafik menguasai kerusi ini..Amin, Ya Rabbal A'lamin

Wassallam, Revolution!!


Doa buat pemimpin kita