Monday, March 28, 2011

Pertanyaan buat Penyokong Pakatan

Salam Perjuangan,

Kadang-kadang saya ingin bertanya pada penyokong tegar Pakatan Rakyat @ Rosak..


1. Kenapa anda menyokong pakatan?
2. Apa hebatnya pakatan rakyat?
3. Apa hebatnya Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Lim Kit Siang?
4. Ada mereka pernah melawat kamu masa kamu senang dan susah?
5. Sanggupkah kamu pertaruh nyawa, harta demi Anwar?
6. Apakah dia pemimpin yang hebat, sambil kamu sanggup baring ditengah jalan..?
7   Apakah kamu sanggup menerima pemimpin yang menjual agamanya demi politik dan peribadi?
8. Apakah kamu lupa, suatu masa dahulu Anwar pernah bersama umno. dia pernah mencaci pemimpin kamu!

 Ada yang sanggup menggodam laman blog pro-bn, kerana taksubnya pada Anwar.? Kenapa?
 Ada yang sanggup memutuskan silatulrahim, hubungan keluarga, kerana taksub dengan Anwar?
Apa hebatnya Anwar sambil ada yang rela berjuang demi Anwar?

Tanya Ezam, dia sanggup masuk penjara dan ISA kerana Anwar!
Dia sanggup jaga keluarga Anwar sampai Kak Wan panggil mak Ezam "Bonda"!
Dia sanggup dibelasah, dipukul oleh FRU demi Anwar!
Setiap denyut nadi, air mata dan darah, demi Anwar!!!
Tapi, akhirnya kerana perangai Anwar, Ezam tinggalkan Anwar..

Tanya Zahrain, Zul Nordin, Nalla, Ghani Haron, Anuar Shaari, Zahid Md Arif dan lain-lain yang bersama Anwar berpuluh-puluh tahun akhirnya tinggalkan Anwar? Mereka pernah menjadi penyokong tegar!

Kenapa kamu tak tanya mereka? Apa ada dengan Pakatan? Apa ada dengan Anwar?

Oh, kerana Anwar anugerah Tuhan? kalau lah dia anugerah Tuhan.......,

Dia takkan khianati Datuk Suhaimi Kamarudin!
Dia takkan khianati Arwah Pak Ghafar Baba!
Dia takkan khianati Tun Dr M, Pak Lah, Tan Sri Sanusi Junid, Rahim Thamby Chik!
Dia takkan fitnah Najib dan Kak Rosmah!
Dia takkan "buat" Saiful!
Dia takkan merendahkan Pas yang dianggapnya "Parti Kampung"!
Dia takkan kawan dengan Paul Wolforwitz dan Al Gore!
Dia takkan bersekongkol dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh!
Dia takkan tunda kes liwat dia!
Dia akan mengaku yang dia aktor dalam "Wayang"!
Dia takkan menerima "sumbangan" dari Azmin Ali !

Inikah anugerah Tuhan yang dlaungkan oleh Kak Wan?

Orang macam ini yang kamu nak angkat jadi PM?

Kalau saya, mati hidup balik pun,  Anwar tak layak jadi PM!!

Sedarlah, wahai kawan-kawan ku dalam Pas, Pkr dan Dap!!
Dulu saya pun menyertai gerakan reformasi!
Saya pernah dikejar oleh FRU!!
Tapi saya sudah kembali menyokong kerajaan, atas rasa keinsafan dan kesedaran,
Alhamdulillah....
Apa kah saudara nak Malaysia jadi  macam Mesir dan Libya?
Renungkan lah....Muhasabahlah..

Wassallam..