Wednesday, March 9, 2011

Buku Che Det yang terlaris dipasaran!


Salam Perjuangan,

Buku “ A Doctor in the house” karya mantan PM kita, Tun Dr Mahathir telah berada dipasaran sekarang, 844 muka surat, memang bagus buku ini, dia cerita pasal pengalamannya selama 22 tahun jadi PM, cerita pasal ISA, jambatan bengkok, Lee Kuan Yew, Pak Lah dan yang paling panas pasal si Peliwat dan kenapa Tun M pecat si Peliwat
itu, harga tak mahal, Cuma RM 100 sahaja, saya baru sahaja buat tempahan on-line, Insyaallah,minggu depan sampai dirumah(kena bank-in dulu duit lah)!

Khabarnya buku itu laris dipasaran, dalam sehari 1,000 naskah telah dijual dan khabarnya
50, 000 naskah akan diedarkan, memang “hot “ buku ini, jadi apa tunggu lagi, banyak pengajaran dari buku ini, bloggers macam kita patut beli buku ini.

Boleh didapati di gedung buku MPH atau boleh order secara online dilaman web
http://www.mphonline.com , secara kad kredit atau bank-in.

Wajib beli buku ini terutama pada Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin semoga buku ini beri kesedaran kepada mereka! Dan untuk orang Pas dan Pkr supaya kenal siapa Tun M, bukan fitnah dan maki hamun beliau!

Membaca itu indah, Bangsa Membaca adalah Bangsa Berjaya

Wassallam, Revolution!!!!!

No comments: