Wednesday, March 30, 2011

Kenapa nak melenting, Kak Izat?

Salam Perjuangan,

Pagi ini, saya membaca surat khabar dan agak menarik tajuknya, pasal pemandu wanita
yang isu diperkatakan oleh Abang Bung Mukhtar, laki pada Zizie  Ezzte, dia kata pemandu wanita lebih bahaya, lepas itu ramai yang dah berkokok dan melenting sampai ada yang suruh Abang Bung  Mukhtar letak jawatan, Kak Izat pun dah melatah, ramai dah melenting marah kat Abang Bung Mukhtar.

Pada hemat saya, ada asasnya kenyataan Abang Bung  Mukhtar kita, saya ada pengalaman pasal perangai pemandu wanita, setiap pagi saya pergi kerja di Melaka, semasa saya memandu, ada kereta yang dipandu oleh wanita, potong “double line”, lepas tu ada yang masuk simpang, tak bagi signal, ada yang bawak laju, saya pernah tegur isteri saya yang suka bawa laju, kakak ipar saya pernah bawa laju dalam hujan tiba-tiba kereta terbalik.

Abang Bung Mukhtar bermaksud wanita, tak semua wanita, cuba baca betul-betul statement dia, nak tanya Kak Izat, kak bawak kereta laju tak, nak tanya ahli parlimen wanita,bawak laju tak? Rasa-rasa tak,  pasal semua ada pemandu sendiri.

Tak payah nak melenting, tak payah nak melatah, anggap saja kata-kata Abang Bung Mukhtar satu ingatan, tak kira pemandu wanita atau lelaki, patuhilah undang-undang jalanraya.

Tak payah suruh Abang Bung Mukhtar letak jawatan, suruhlah “Datuk Y” letak jawatan.
Cukuplah tu.

Tapi apapun, saya respek Abang Bung Mukhtar kerana berterus-terang. Macam inilah YB yang berani!!!! Bertambah sayang Zizie pada Abang Bung!

3 comments:

hasrul hassan said...

Baca ulasan ini:

http://hasrulhassan.blogspot.com/2011/03/isu-pemandu-wanita-lebih-agresif-apa.html

Anonymous said...

apa yang dikatakan bung mukhatar memang ada kebenaran bkn untuk merendahkan martabat wanita,apa yang sy tau bung hanya cakap SEGELINTIR bkn KESEMUA,jadi tak payah menteri wanita nak melenting sangat,pi buat kerja lain yang byk lum dilaksanakan untuk kaum hawa tu,isu nie terlalu remeh temeh untuk dijadikan isu makcik izzat

Naluri Rakyat said...

setuju sesangat lah...
memang tak dinafikan...

www.nalurirakyat.blogspot.com