Salam perjuangan,
Belum BN menang rasmi lagi,(rasmi ke tak, BN tetap menang juga), ada seorang ini, dah suruh Tan Sri Pehin suruh undur? Khairy? kamu betul ke ini?
Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan perikatan itu mesti berpegang pada janji untuk mengadakan peralihan kuasa kerajaan negeri di Sarawak.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno melahirkan pendirian ini ketika keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa BN berjaya memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri dan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bumi Kenyalang itu.
BN dikatakan memperoleh sehingga 51 kerusi sementara Suruhanjaya Pilihan Raya hanya mengumumkan keputusan satu kerusi iaitu Bukit Saban secara rasmi setakat pukul 7 petang ini.
Pengundian ditutup 5 petang tadi. Sebanyak 71 kerusi dipertandingkan.
“Nampak gaya BN menang (di) Sarawak. Tapi pemimpin BN mesti pegang janji akan ada peralihan kuasa Sarawak dalam masa terdekat. Bukan alasan untuk melewat-lewatkan lagi,” kata beliau menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.
Isu peralihan kuasa kepimpinan Taib, yang mengetuai negeri itu sejak 1981 menjadi bahan kempen dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ini.
Pembangkang menggesa Taib mengumumkan pelan peralihan iaitu penggantinya dan tarikh ia akan dikuatkuasakan.
Sementara Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu mengumumkan bahawa peralihan kuasa akan dilaksanakan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri, Taib pada keesokan hari berkata ia akan diadakan dalam beberapa tahun lagi.
Terima kasih pada Apa Yang Tersirat.....antara sahabat bloggers kita! House PK apa komen?
Saturday, April 16, 2011
Insyaallah, kita boleh menang...
Salam perjuangan,
Berapa jam lagi, samada mentari atau gerhana mewarnai bumi kenyalang, dan saya dengar macam-macam keputusan tak rasmi, bn menang kat sana, pakatan menang kat sini, apa pun, kita dengar nasihat SPR...tunggu dulu!!
Kita bersabar dulu, saya yakin kita berjaya dapat majoriti 2/3, Insyallah, rakyat Sarawak masih perlukan BN, hanya mereka yang buta hati, mahu Pakatan memerintah, sedangkan saudara mereka di Selangor, Kedah, Kelantan dan Penang sudah menderita selama 3 tahun, apa kah mereka tak sedar lagi??????
BN boleh , tak kira berapa majoriti tiap kawasan, asalkan kita menang....sebab kalau kita berjaya, Insyallah, pembangunan dapat diteruskan,,,,kita juga yang senang lagi-lagi generasi akan datang!!!
Hanya engkau yang mampu, BN!!!!
Ya Allah, berilah kemenangan pada BN, Amin!!!!
Wassallam, Revolution!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)