Saturday, April 16, 2011

Teringin nak jadi KM, Khairy?????

Salam perjuangan,

Belum BN menang rasmi lagi,(rasmi ke tak, BN tetap menang juga), ada seorang ini, dah suruh Tan Sri Pehin suruh undur? Khairy? kamu betul ke ini? 



Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan perikatan itu mesti berpegang pada janji untuk mengadakan peralihan kuasa kerajaan negeri di Sarawak.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno melahirkan pendirian ini ketika keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa BN berjaya memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri dan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bumi Kenyalang itu.

BN dikatakan memperoleh sehingga 51 kerusi sementara Suruhanjaya Pilihan Raya hanya mengumumkan keputusan satu kerusi iaitu Bukit Saban secara rasmi setakat pukul 7 petang ini.

Pengundian ditutup 5 petang tadi. Sebanyak 71 kerusi dipertandingkan.

“Nampak gaya BN menang (di) Sarawak. Tapi pemimpin BN mesti pegang janji akan ada peralihan kuasa Sarawak dalam masa terdekat. Bukan alasan untuk melewat-lewatkan lagi,” kata beliau menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

Isu peralihan kuasa kepimpinan Taib, yang mengetuai negeri itu sejak 1981 menjadi bahan kempen dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ini.

Pembangkang menggesa Taib mengumumkan pelan peralihan iaitu penggantinya dan tarikh ia akan dikuatkuasakan.

Sementara Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu mengumumkan bahawa peralihan kuasa akan dilaksanakan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri, Taib pada keesokan hari berkata ia akan diadakan dalam beberapa tahun lagi.


Terima kasih pada Apa Yang Tersirat.....antara sahabat bloggers kita! House PK apa komen?

2 comments:

Anonymous said...

KJ balas dendam dulu bapak mertua disuruh lepaskan jawatan kerana PRU 12 BN tewas teruk jadi sekaran KM Srwk pun dia nak tuntut janji la tu.biarlah KM Srwk pegang dlm setahun dulu baru la lepaskan kepada penganti sepertimana Tun Abdullah bg setahun untuk lepas jawatan kepada Najib

sesejuk mata memandang said...

Betul lah tu TS Pehin patut berundur kata Si KJ tetapi barisan kerajaan belum ditubuhkan nak berundur kot macam mana..
Saya rasa semua rakyat dah terima kemenangan BN dibawah pimpinan TS Pehin jadi kita harus hormati hak dan undi penduduk Serawak walau pun ada kerus yang kalah.

Pada saya, keputusan undur dir dari kepimpinan biar lah diuruskan sendiri oleh orang Serawak.. KJ tak payah menyibuk..

Kita berdoa agar apa juga keputusan cepat atau lambat TS Pehin berundur tidak akan menjejaskan pilihan raya Parlimen nanti.

Salam sayang untuk semua barisan kepimpian Kerajaan Serawak.

Tahniah