Wednesday, July 13, 2011

Perubahan pada Blog Saya

Salam 1Malaysia dan Salam Perjuangan,

Saya buat keputusan untuk mengubah nama blog saya dari "Revolusi Darul Ehsan 2012" ke blog yang saya belum tetapkan namanya, namun artikel dan agenda tetap tidak berubah, iaitu untuk membebaskan negeri tanah tumpah darah saya dari regim Pakatan Rakyat dan bersama-sama mengembalikan Selangor pada yang berhak, iaitu  kerajaan Barisan Nasional.

Saya nak mengubah nama, kerana perkataan "Revolusi" itu tidak sesuai kerana itu menggambarkan keganasan seperti mana nasihat  Datuk Seri Utama Rais Yatim, yang menegaskan yang "Revolusi"  hanya sesuai untuk manusia yang bernama "Anugerah Tuhan" dan juak-juaknya seperti Ambiga dan Mat Sapu

Sementara mencari nama yang baru, saya tidak akan posting artikel buat masa ini....namun nama saja bertukar, agenda perjuangan tetap kekal dan sama. yang benar tetap benar, tiada kompromi untuk yang batil.

Terima kasih. Wassallam.

No comments: