Saturday, April 30, 2011

Masa untuk Pas jatuh 'talak 3 ' pada Pakatan

Salam Perjuangan....

Saya baru menonton Buletin Utama tadi...DS Najib menggesa Pas supaya tinggalkan Pakatan Rakyat kerana yang paling untung dalam Pakatan adalah Dap, sudah tiba masanya Pas harus tinggalkan Pakatan..

Saya bersetuju, kerana masa sudah tiba pada Pas untuk membebaskan mereka dari cengkaman terutamanya Dap dan Pkr.....

Saya tahu ada yang mahu Pas bersama Umno, tetapi kerana Anwar, ada yang menentang penyatuan Umno dan Pas.....

Apa pendapat sahabat-sahabat bloggers semua?   PAS MUST GO....PAS MUST GO..PAS MUST GO...

 Wassallam. Revolution.....

3 comments:

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam semua,
Apakah perbedaan antara "Watch dog" dan "Mad dog".Watch dog akan menjaga kepentingan dan keselamatan tuannya jika rasa ada sesuatu keadaan yg tak kena.Manakala "Mad Dog" akan menyalak tak kira masa samada keadaan selamat atau terancam.Mad Dog itulah fungsi DAp terhadap MCA,jika dirasakan sesuatu isu kepentingan kaum Cina maka DAP akan menegur MCA,dan mereka saling perlu memerlu antara satu sama lain.Manakala PAS sebaliknya berfungsi seperti Mad Dog yang akan menyalak sepanjang masa,iaitu akan mengkritik sepanjang masa seolah-olah tiada satu pun yg dilakukan oleh kerajaan itu baik bagi org Melayu/Islam maupun seluruh rakyat Malaysia.Hamas dan Fatah berbalah agak lama dan beberapa tahun lalu mereka pernah membuat perjanjian perdamaian di depan Kaabah,dan alhamdulilah sedikit masa lagi mereka akan bersatu yg mana ini amat merisaukan Yahudi.Semua ni demi bangsa Palestine.Aku ingin mencabar UMNO dan juga PAS berbuat perkara yg sama,iaitu perjanjian perdamaian depan Kaabah.Tak de prasangka,tanpa syarat.Mungkin selama ni UMNO dan PAS banyak berprasangka sesama sendiri.Kita akan melihat siapa yg lebih ikhlas akan menyahut cabaran ni.Kerana selama ini masing2 berprasangka.Perlu diingat UMNO tidak kalah banyak masa PRU12 dulu,cuma MCA,MIC dan Gerakan yg kalah total masa PRU12 dulu.Aku amat rindukan PAS yg dulu,sentiasa fokus utk menegakkan negara Islam.Kalau ini berlaku aku rasa sokongan Melayu/Islam akan kembali pada PAS dan juga baik untuk UMNO.Bangsa lain akan mula menghormati semula bangsa Melayu.Buat saja lah,demi perpaduan Melayu/Islam.Tanpa syarat dan tiada prasangka dan penuh keikhlasan

mk said...

Tak semudah itu untuk keluar Pakatan..Majlis fatwa terpaksa mengeluarkan fatwa diatas wakil wakil rakyat PAS yang telah menalak tiga isteri isteri mereka sekira menarik sokongan yang diputuskan Murshidul Am nya walaupun anjuran itu bersifat jahil.
Disini orang Islam sabenar perlu mengekang diri atau memantau anak anak dari terperangkap.
Allah sentiasa pelihara Alquran dari gulongan pengubah.
Disudut duniawi...apalah nasib janda janda berumor yang tertalak 3 nanti.... adakah agensi Cina buta tumbuh macam cendawan..?

ONE NATION ONE LOVE said...

Mk,saya hargai pendapat saudara.Saya tak minta PAS dan UMNO bergabung dalam satu pakatan,cuma keluar dari Pakatan.Jadilah "watchdog" macam yg saya katakan tadi.Menegur UMNO mana2 yg perlu demi kepentingan Melayu.Jika ditakdirkan masih UMNO memerintah,jadilah pembangkang yg menegur kerajaan juga untuk kebaikan negara ini.Baik UMNO maupun PAS mesti tukar majoriti barisan kepimpinan masing2.Ketengahkan barisan muda,segar dan berpendidikan tinggiuntuk memajukan negara.Kedua2nya UMNO dan PAS MESTI berubah dg kepimpinan baru.Jika PAS masih di pihak pembangkang tapi keluar dari pakatan saya rasa fatwa cerai talak tiga ni tak timbul.