Wednesday, February 2, 2011

Next Stop..Merlimau atau P Klang(barangkali)

Salam Perjuangan,

Tidak terlewat rasanya RDE2012 mengucapkan syabas buat calon BN Azahar 'Ai' Ibrahim kerana berjaya mempertahankan kerusi dun 05 Tenang, walaupun dalam banjir akibat hujan lebat, Apapun, lepas itu, dia terus membantu mangsa banjir, belum angkat sumpah, dia dah mula kerja..

Sesungguhnya kemenangan ini dah lah, dapat extra majority, adalah hasil usaha jentera BN yang dikepalai oleh Tok Ghani Othman dan diskong oleh BN pusat serta komponen yang lain, juga hasil asakan bloggers bloggers kita seperti GAP, Medan Info Kita, RBF, The Flying Kick, Jefferi Damien(lama tak nampak?), Keris Putera, dam lain-lain, semoga momentum asakan ini akan diteruskan di Merlimau dan mungkin di P Klang(?)

Saya harap kita berjumpa di Merlimau, rasa nak kenal blogger bloggers, kita hanya berhubung didunia maya, tanpa bersua muka, harap dapat bersua, sebab RDE2012 berpengkalan di Melaka, harap bertemu mata ke mata, hati ke hati....

Pasti ada kilang fitnah nanti  akan dibina di Merlimau, tapi sebelum mereka beroperasi, kita akan ranapkan mereka habis-habisan....kita harus bersatu hati....

Jumpa di Merlimau nanti, Insyaallah.....Wassallam, Revolution!!!!!!!!!

No comments: