Saturday, January 29, 2011

Pesanan Ikhlas buat Pengundi di Tenang

Salam, Salam Perjuangan dan Salam 1 Malaysia,

Kira-kira 32 jam lagi PRK Dun Tenang diadakan, penentu sama ada maju atau mundur kawasan ini, ya, setelah hampir seminggu kempen dijalankan, kini menuju ke titik kemuncak, ya, macam macam cerita,
cuma pesanan saya, pada pengundi ditenang, ingat, mengundi bukan untuk hari mengundi, tapi demi generasi kita dan anak cucu kita pada masa hadapan, jangan digadaikan kemakmuran, keamanan, hanya semata-mata, politik emosi, politik fitnah


Pada pengundi juga, ambilah iktibar dari PRU 2008, kerana politik emosi, banyak kerusi BN disambar Pakatan Rakyat (kini Pakatan Rosak), dan harganya terlalu tinggi iaitu kesengasaraan, kesusahan, hilang kestabilan dan kemakmuran...lihat  saja di Selangor, Kelantan , Perak(semasa Nizar berkuasa), Kedah dan Pulau Pinang, rakyat menderita, mereka berkata "Jom Ubah, tapi bila menang, kami senang, kamu susah, apa kami kisah?" ....ingat jasa BN kerana mereka, anak anak kamu dapat bersekolah sampai keuniversiti, dapat kerja, dapat duduk dirumah yang selesa, masjid yang selesa, dapat biasiswa, macam macam ada, itulah masih tidak bersyukur lagi, siapa mereka? Dun Tenang tahu segalanya....

Apakah mahu kita mengulangi lagi Tragedi 8 Mac??? Cukuplah, beri peluang pada mereka yang benar-benar dapat memikul amanah demi agama, bangsa dan negera, bukan bila dilantik  tidak amanah dan menjadi bangsat pada golongan yang hanya menangguk di air yang keroh.....saya bersyukur kerana BN lah, saya hidup bahagia bersama isteri dan anak-anak, kestabilan, kemakmuran dan kedamaian, jadikan lah cerita sedih di Palestin jadi iktibar..mari menghargai kedamaian...

Undilah dengan lafaz Bismilllah, Undilah dengan matang dan tenang Bila nak memangkah, fikirlah, kalau aku salah pilih, nanti yang susah, anak cucu ku......Rasional, bukan Emosi......kesan dari setiap undi menentukan hala tuju anak cucu kita, maruah agama, bangsa dan negara....


Hanya 1...Hanya 1....Barisan Nasional, terima kasih BN, keranamu, kami hidup selesa, walaupun apa mereka kata atasmu, ALLAH SWT lebih tahu dan kami pohon doa agar BN diberi kemenangan walau berapa majoriti pun, asalkan pembangunan terus disinambungkan....YA ALLAH, berilah kemenangan atas mereka  yang benar, bukan  memperalatkan agamaMU demi kepentingan, pangkat, poket dan perut golongan mereka ini...(Pakatan Rosak)


Ingat kata PM "Hanya rakyat yang menentukan", namun ada harganya jika tersalah pilih....


Terima kasih kepada rakan blogger, GAP, Keris Putra, RBF, MEDAN INFO KITA, THE FLYING KICK, PAPAGOMO, TAIPING MALI, APA YANG TERSIRAT, KLBOYZ,  GELOMBANG RAKYAT  MPP, MIM, GARAM MANIS, HOUSE PK, KITA GEMPUR, AZLI SHUKRI, GERAKAN TIMUR, dan lain-lain yang menjadi inpirasi buat saya terus berkarya menyampaikan kebenaran dan yang haq, dan tiada kompromi pada yang batil..

Terima kasih, Salam Perjuangan, Salam 1 Malaysia, REVOLUTION!!!!!!


Wassallam





RDE2012 - CAN YOU HEAR IT CALLING?  REVOLUTION!!!!

No comments: