Saturday, April 24, 2010

Pesanan Terakhir Buat Pengundi 0P094 Hulu Selangor

Salam dan Salam1Malaysia...salam APCO? Tak Payah, has untuk Mahfuz sahaja.

Hari nya hampir tiba, malam ini malam terakhir untuk kempen pilihanraya kecil P094 Hulu Selangor, besok dah boleh mengundi,awal-awal pagi dah boleh pergi, jgn last minute baru nak pergi...biasalah, orang kita ni suka buat kerja pada last minute, sebab apa kena pergi awal-awal, pasal pagi kan segar, otak pada waktu pagi memang berfungsi dengan baik, nanti bolehlah pangkah dengan tepat.

Namun ini pesanan saya buat pengundi-pengundi, undilah calon yang boleh bekerja, bukan suruh orang lain kerja semata-mata, undilah calon itu, bukan sahaja pada partinya, tapi pada personalitinya, tingkat lakunya, intergritinya, ketelusannya dan yang paling penting sekali, pada akhlak dan budi pekertinya.

Berfikir secara matang dan lapang, Insyaallah, hidup anak cucu kita akan senang.

Cukuplah kita melakukan kesilapan 2 tahun yang dulu, esok, tak usah di ulang lagi, kerana salah pilih, yang rugi adalah kita dan generasi kita yang akan datang.

Pastikan Hulu Selangor di kembalikan pada yang berhak yang selalu menjaga yang hak dan menolak yang bathil.

TEPUK DADA TANYA IMAN, TANYA SELERA, KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA, UNDILAH BUKAN UNTUK ESOK TAPI UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN GENERASI AKAN DATANG.

SELAMAT MENGUBDI DARI RDE2012, REVOLUTION!!!!

No comments: