Tuesday, April 12, 2011

Kalau lah Wan Azizah nyanyi lagu ini....

Kalaulah Wan Azizah ada prinsip, dia akan nyanyi lagu ini pada.......



Selamat Berhibur

Friday, April 8, 2011

Anwar selamat hari ini...tapi bukan untuk hari esok

Salam Perjuangan,

Anwar selamat, tapi bukan untuk hari esok....rakyat bukan bodoh,

Baca Artikel dibawah

Video Seks: Kerajaan tunggu siasatan polis sebelum tubuh Suruhanjaya Diraja


2011/04/08

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menunggu hasil siasatan polis sebelum mempertimbangkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video seks melibatkan pelaku mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
"Kabinet hari ini mengambil keputusan untuk menunggu hasil penyiasatan polis dahulu yang bukan sahaja melakukan siasatan tentang ketulenan video itu tetapi mengenal pasti siapakah pelaku di dalam video itu," katanya hari ini.
Nazri berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu sekiranya terdapat pertikaian daripada hasil siasatan polis.
Pada Rabu lalu, beliau berkata penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan penafian isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang suaminya itu adalah lelaki dalam video berkenaan. Nazri berkata bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu. "Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja," katanya.
Nazri berkata usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang menyeru agar sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu. - BERNAMA


Dipetik dari Berita Harian 8.4.2011




Harapan agar  Suruhanjaya dapat ditubuhkan dengan segera......


Wassallam.Revolution!!!!!

Ada lagu buat 'brader' Permatang Pauh ni...




Thursday, April 7, 2011

Mari menonton iklan ini.....



Best kan? Omega...pasti menghantui dia......

Wednesday, April 6, 2011

Teruskan Berjuang wahat sahabatku Papagomo!!!

Salam Perjuangan,


Saya amat terkejut atas penahanan sahabat blogger kita, Papagomo atas kes video Anwar Ibrahim, apapun harap Papagomo bersabar atas ujian ini, untuk berjaya dalam perjuangan, perlu merasa pahit dan menempuh dugaan, takut kerana salah, berani kerana benar, soalnya, bukan siapa yang mengedar video itu, tapi siapakah watak dalam video itu, Papagomo tak bersendirian, saya, Gap, Keris Putera, The Flying Kick, House PK, Semut Hitam dan lain-lain akan bersama-sama dengan saudara...

Walau dihentam oleh juak-juak dari Pakatan Rosak, namun kita tetap terus berjuang, dulu mereka ini kata "Reformasi" , sekarang kita beri mereka "Reformasi", kita akan lawan habis-habisan, tugas pendekar, kita lawan habis-habisan demi kebenaran...

Jangan gentar.....apapun halangan dan ujian , ALLAH bersama-sama orang yang sabar!!!!

Kami bersamamu.....

Wassallam.......Can You Hear it Calling? Revolution!!!!

Sudahlah, Kak Wan!

Salam Perjuangan,

Panas! Panas! Panas!, Kak Wan dah Panas, wartawan kena tengking, tanya pasal jam dah kak wan melatah...
Yang khalid berahi ini masuk campur apasal, nak tutup skandal  Yayasan Selangor ke? Kebodohan kamu sudah ketara, semalam saya tengok buletin utama, kak  wan buat PC, saya nak tergelak, macam mana kononnya bakal first lady of Malaysia buat macam itu? Baik lagi Kak Rosmah atau Kak Hasmah atau Arwah Kak Endon, they are professionals...tengok Kak Wan, nak tergelak saya, patutnya Kak Wan masuk Maharaja Lawak, baik dari budak Jihan tu!!!

Sudah, cukup Kak Wan, yang salah tetap salah, walaupun yang buat dosa tu suami Kak Wan sendiri...

Kak Wan kata Abang Nuar tak salah, kononnya konspirasi...sikit sikit konspirasi, tak ada ayat lain!

Sebenarnya Abang Nuarlah kepala konspirasi, ramai orang dah jadi mangsanya, dalam hal politik dan peribadi...

Tanya Datuk Nalla, Ezam, Saiful, Anuar Shaari, Lokman Adam,  Zahrain, Zul Nordin dan ramai lagi.....sedangkan mereka pernah jadi penyokong tegar Abang Nuar!!! Mereka keluar pasal perangai Abang Nuar.

Sebenarnya saya kesian dengan Kak Wan, anak kakak macam Nurul Izzah dan Ehsan, pasal perangai Abang Nuar, kak anak beranak jadi mangsa, tapi kenapa Kak Wan buta pada kebenaran dan celik pada pembohongan, kenapa begitu Kak Wan...? Why?

Kak Wan baik sebenarnya, oleh kerana perangai Abang Nuar, akak buat macam ini..

Cukup lah Kak Wan, sampai bila nak pertahankan Abang Nuar.?

Sudahlah Kak Wan, saya doa agar Allah beri hidayah dan taufik pada Kak Wan supaya kenal siapa Abang Nuar yang sebenarnya.

Bermuhasabahlah Kak Wan.

Wassallam. Revolution!!!

Saturday, April 2, 2011

Mat Sapu hina orang mati?

Salam Perjuangan..

Mat Sabu @ Mat Sapu hina Arwah Pak Ghafar Baba. Orang  dah meninggal pun, nak dihinanya..
Punya kurang ajar. Ghafar baba tu 100 kali lebih baik dari Mat Sapu, lagi-lagi Nik Aziz..

Wednesday, March 30, 2011

Kenapa nak melenting, Kak Izat?

Salam Perjuangan,

Pagi ini, saya membaca surat khabar dan agak menarik tajuknya, pasal pemandu wanita
yang isu diperkatakan oleh Abang Bung Mukhtar, laki pada Zizie  Ezzte, dia kata pemandu wanita lebih bahaya, lepas itu ramai yang dah berkokok dan melenting sampai ada yang suruh Abang Bung  Mukhtar letak jawatan, Kak Izat pun dah melatah, ramai dah melenting marah kat Abang Bung Mukhtar.

Pada hemat saya, ada asasnya kenyataan Abang Bung  Mukhtar kita, saya ada pengalaman pasal perangai pemandu wanita, setiap pagi saya pergi kerja di Melaka, semasa saya memandu, ada kereta yang dipandu oleh wanita, potong “double line”, lepas tu ada yang masuk simpang, tak bagi signal, ada yang bawak laju, saya pernah tegur isteri saya yang suka bawa laju, kakak ipar saya pernah bawa laju dalam hujan tiba-tiba kereta terbalik.

Abang Bung Mukhtar bermaksud wanita, tak semua wanita, cuba baca betul-betul statement dia, nak tanya Kak Izat, kak bawak kereta laju tak, nak tanya ahli parlimen wanita,bawak laju tak? Rasa-rasa tak,  pasal semua ada pemandu sendiri.

Tak payah nak melenting, tak payah nak melatah, anggap saja kata-kata Abang Bung Mukhtar satu ingatan, tak kira pemandu wanita atau lelaki, patuhilah undang-undang jalanraya.

Tak payah suruh Abang Bung Mukhtar letak jawatan, suruhlah “Datuk Y” letak jawatan.
Cukuplah tu.

Tapi apapun, saya respek Abang Bung Mukhtar kerana berterus-terang. Macam inilah YB yang berani!!!! Bertambah sayang Zizie pada Abang Bung!