Thursday, April 21, 2011

Penyatuan Umno dan Pas: Tercapaikah hasrat?

Salam Perjuangan..

Saya kurang sihat hari ini, namun sempat berkarya, beberapa hari dahulu,saya menyaksikan detik bersejarah, dimana DS Najib dan Tuan Guru Hadi bertemu masa PRN KE 10 di Sarawak, mereka berpelukan antara satu sama lain, saya rasa terharu, dan mengingatkan saya masa Tun Dr M dan arwah Ustaz Fadhil Noor bersalam antara satu sama lain belasan tahun dahulu..

Apakah tercapai hasrat penyatuan Umno dan Pas??? Apa ini satu tanda perpaduan bertaut kembali....Sepatutnya ia berlaku awal lagi......


Monday, April 18, 2011

Yang tak didendang dan yang kecundang: Dominique!!!

Dia bukan sebarang ahli PKR, dia hanya satu satunya adun PKR di Sarawak, malangnya kerana permainan politik oleh Dap yang tak mahu dia bertanding dan dipecat oleh Anwar dan Wan Azizah, dia tersingkir dan sudahlah kalah teruk, dia hilang wang deposit....itulah Dominque Ng..nak tahu pasal kenapa dia dipecat , lihat klip video dibawah ini..


Sunday, April 17, 2011

Malang Nasibmu, Baru(a) Bian!!!

Salam perjuangan..

Lembu punya sapi, sapi dapat nama,orang menang, lain orang jadi ketua pembangkang, alangkah malang nasibmu, Baru(a) Bian......

Details di bawah:

Baru Bian yang dijanjikan untuk menjadi Ketua Menteri oleh Anwar Ibrahim terus kecewa kerana Dap  tidak mengiktiraf beliau sebagai Ketua Menteri sekalipun Pakatan Rakyat menang dalam PRN Sarawak.

Hari ini Dap telah bersetuju untuk melantik Adun Dap Bukit Assek Sibu iaitu Wong Ho Leng untuk menjadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Pakatan sepatutnya menghormati Baru Bian yang telah disebut-sebut untuk menjadi Ketua Menteri atau pun Ketua Pembangkang jika tewas

Sumber dari Taiping Mali..terima kasih!!!!

p/s : Tak apa Baru(a), ini lagu untuk awak, boss awak yang nyanyi..hahaha!

Jangan bagi muka pada "mereka" ini lagi, Tan Sri Pehin!!!

Salam Perjuangan

Saya mengucapkan syabas pada BN kerana mengekalkan 2/3 pada PRN Sarawak yang ke 10, namun saya merasa terkilan kerana ada kerusi telah dirampas oleh Pakatan Haram, terutama bila orang kuat Tan Sri Pehin, George Chan telah tewas ditangan Dap, Dap telah hampir menyapu bersih namun 3 kerusi mereka tewas, PKR hanya dapat 3 dan Pas...habuk pun tarak, jadi tukang cebok Dap semata-mata!!!

Kita harap Tan Sri Pehin tak beri muka lagi pada "Mereka" yang berpaling tadah dan mengundi parti lawan, sedangkan parti lawan hanya beri janji manis sahaja, tapi masih mahu mengundi mereka, banyak pembangunan telah dibuat, tapi kerana sentimen, mereka menolak BN, itu jenis pengundi yang tak kenang jasa, tapi minta itu, minta ini, kita tak salahkan SUPP, tapi kerana "samseng impot" yang semakin bermaharaja lela, banyak kerusi SUPP yang terbang!!!

Beri hanya pada mereka yang kenang jasa  kerajaan negeri dan pusat, bukan pada mereka yang tak kenang jasa, kalau mereka nak bantuan, pergi sahaja pada DAP dan PKR!!!!!

Apapun, BN still rules....dengan semangat 1Malaysia!!!!!  We are still the champions!!!


Wassallam, Revolution!!!!

Saturday, April 16, 2011

Teringin nak jadi KM, Khairy?????

Salam perjuangan,

Belum BN menang rasmi lagi,(rasmi ke tak, BN tetap menang juga), ada seorang ini, dah suruh Tan Sri Pehin suruh undur? Khairy? kamu betul ke ini? 



Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan perikatan itu mesti berpegang pada janji untuk mengadakan peralihan kuasa kerajaan negeri di Sarawak.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno melahirkan pendirian ini ketika keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa BN berjaya memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri dan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bumi Kenyalang itu.

BN dikatakan memperoleh sehingga 51 kerusi sementara Suruhanjaya Pilihan Raya hanya mengumumkan keputusan satu kerusi iaitu Bukit Saban secara rasmi setakat pukul 7 petang ini.

Pengundian ditutup 5 petang tadi. Sebanyak 71 kerusi dipertandingkan.

“Nampak gaya BN menang (di) Sarawak. Tapi pemimpin BN mesti pegang janji akan ada peralihan kuasa Sarawak dalam masa terdekat. Bukan alasan untuk melewat-lewatkan lagi,” kata beliau menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

Isu peralihan kuasa kepimpinan Taib, yang mengetuai negeri itu sejak 1981 menjadi bahan kempen dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ini.

Pembangkang menggesa Taib mengumumkan pelan peralihan iaitu penggantinya dan tarikh ia akan dikuatkuasakan.

Sementara Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu mengumumkan bahawa peralihan kuasa akan dilaksanakan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri, Taib pada keesokan hari berkata ia akan diadakan dalam beberapa tahun lagi.


Terima kasih pada Apa Yang Tersirat.....antara sahabat bloggers kita! House PK apa komen?

Insyaallah, kita boleh menang...

Salam perjuangan,

Berapa jam lagi, samada mentari atau gerhana mewarnai bumi kenyalang, dan saya dengar macam-macam keputusan tak rasmi, bn menang kat sana, pakatan menang kat sini, apa pun, kita dengar nasihat SPR...tunggu dulu!!

Kita bersabar dulu, saya yakin kita berjaya dapat majoriti 2/3, Insyallah, rakyat Sarawak masih perlukan BN, hanya mereka yang buta hati, mahu Pakatan memerintah, sedangkan saudara mereka di Selangor, Kedah, Kelantan dan Penang sudah menderita selama 3 tahun, apa kah mereka tak sedar lagi??????

BN boleh , tak kira berapa majoriti tiap kawasan, asalkan kita menang....sebab kalau kita berjaya, Insyallah, pembangunan dapat diteruskan,,,,kita juga yang senang lagi-lagi generasi akan datang!!!

Hanya engkau yang mampu, BN!!!!

Ya Allah, berilah kemenangan pada BN, Amin!!!!


Wassallam, Revolution!!!!

Friday, April 15, 2011

Pesanan Ikhlas buat pengundi di Sarawak!!

Salam Perjuangan,





Dalam masa 28 jam lagi, rakyat Sarawak akan menjalankan tugas mereka, membuang undi di 71 kawasa dun di Sarawak, saya mengucapkan selamat mengundi.

Apapun, pesanan saya buat pengundi di Sarawak, agar menggunakan akal untuk membuat keputusan, sebelum masuk ke tempat mengundi, fikirkan lah kalau pilihan kita tepat, yang untung adalah bukan sahaja kita, tapi anak, cucu hari ini dan masa depan, jadikanlah PRU 2008 sebagai iktibar, kerana marah, protes, kita terpaksa membayar harga yang tinggi iaitu kesengsaraan dan kesusahan, saya adalah anak kelahiran Selangor, kerana kesilapan, Selangor sekarang dirundung malang terutama pada rakyatnya, dan saudara saudara kita di Kelantan, Perak(11 bulan), Kedah dan Penang mengalami nasib yang sama...adakah saudara ini mengalami nasib yang sama, cukuplah tu.....mengundi bukan untuk hari undi sahaja, tapi untuk hari esok, buruk dan baik hari ini akan memberi kesan pada hari esok, kita akan dihukum oleh anak cucu kita kerana kesilapan kita....

Semoga BN akan berjaya memperolehi majoriti yang lebih baik....terima kasih pada rakan-rakan blogger seperti GAP, PAPAGOMO,KERIS PUTERA, MEDAN INFO KITA, THE FLYING KICK, APA YANG TERSIRAT, RBF, ANGIN PERUBAHAN, GARAM MANIS, TAIPINGMALI, UNSPINNERS dan rakan-rakan, anda semua inspirasi saya dan seluruh rakyat Malaysia..!!!!!

Insyallah, kita akan berjaya, dan manusia Omega kita akan pupuskan dia dari bumi bertuah anugerah Allah...!!!!

Wassallam..  Revolution!!!!!!

p/s: lagi ini ditujukan pada bloggers....terus berjuang..



lagu ikrar perwira oleh amuk, versi asal = rusty blade