Friday, April 15, 2011

Pesanan Ikhlas buat pengundi di Sarawak!!

Salam Perjuangan,





Dalam masa 28 jam lagi, rakyat Sarawak akan menjalankan tugas mereka, membuang undi di 71 kawasa dun di Sarawak, saya mengucapkan selamat mengundi.

Apapun, pesanan saya buat pengundi di Sarawak, agar menggunakan akal untuk membuat keputusan, sebelum masuk ke tempat mengundi, fikirkan lah kalau pilihan kita tepat, yang untung adalah bukan sahaja kita, tapi anak, cucu hari ini dan masa depan, jadikanlah PRU 2008 sebagai iktibar, kerana marah, protes, kita terpaksa membayar harga yang tinggi iaitu kesengsaraan dan kesusahan, saya adalah anak kelahiran Selangor, kerana kesilapan, Selangor sekarang dirundung malang terutama pada rakyatnya, dan saudara saudara kita di Kelantan, Perak(11 bulan), Kedah dan Penang mengalami nasib yang sama...adakah saudara ini mengalami nasib yang sama, cukuplah tu.....mengundi bukan untuk hari undi sahaja, tapi untuk hari esok, buruk dan baik hari ini akan memberi kesan pada hari esok, kita akan dihukum oleh anak cucu kita kerana kesilapan kita....

Semoga BN akan berjaya memperolehi majoriti yang lebih baik....terima kasih pada rakan-rakan blogger seperti GAP, PAPAGOMO,KERIS PUTERA, MEDAN INFO KITA, THE FLYING KICK, APA YANG TERSIRAT, RBF, ANGIN PERUBAHAN, GARAM MANIS, TAIPINGMALI, UNSPINNERS dan rakan-rakan, anda semua inspirasi saya dan seluruh rakyat Malaysia..!!!!!

Insyallah, kita akan berjaya, dan manusia Omega kita akan pupuskan dia dari bumi bertuah anugerah Allah...!!!!

Wassallam..  Revolution!!!!!!

p/s: lagi ini ditujukan pada bloggers....terus berjuang..



lagu ikrar perwira oleh amuk, versi asal = rusty blade

Tuesday, April 12, 2011

Kalau lah Wan Azizah nyanyi lagu ini....

Kalaulah Wan Azizah ada prinsip, dia akan nyanyi lagu ini pada.......



Selamat Berhibur

Friday, April 8, 2011

Anwar selamat hari ini...tapi bukan untuk hari esok

Salam Perjuangan,

Anwar selamat, tapi bukan untuk hari esok....rakyat bukan bodoh,

Baca Artikel dibawah

Video Seks: Kerajaan tunggu siasatan polis sebelum tubuh Suruhanjaya Diraja


2011/04/08

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menunggu hasil siasatan polis sebelum mempertimbangkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video seks melibatkan pelaku mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
"Kabinet hari ini mengambil keputusan untuk menunggu hasil penyiasatan polis dahulu yang bukan sahaja melakukan siasatan tentang ketulenan video itu tetapi mengenal pasti siapakah pelaku di dalam video itu," katanya hari ini.
Nazri berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu sekiranya terdapat pertikaian daripada hasil siasatan polis.
Pada Rabu lalu, beliau berkata penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan penafian isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang suaminya itu adalah lelaki dalam video berkenaan. Nazri berkata bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu. "Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja," katanya.
Nazri berkata usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang menyeru agar sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu. - BERNAMA


Dipetik dari Berita Harian 8.4.2011




Harapan agar  Suruhanjaya dapat ditubuhkan dengan segera......


Wassallam.Revolution!!!!!

Ada lagu buat 'brader' Permatang Pauh ni...




Thursday, April 7, 2011

Mari menonton iklan ini.....



Best kan? Omega...pasti menghantui dia......

Wednesday, April 6, 2011

Teruskan Berjuang wahat sahabatku Papagomo!!!

Salam Perjuangan,


Saya amat terkejut atas penahanan sahabat blogger kita, Papagomo atas kes video Anwar Ibrahim, apapun harap Papagomo bersabar atas ujian ini, untuk berjaya dalam perjuangan, perlu merasa pahit dan menempuh dugaan, takut kerana salah, berani kerana benar, soalnya, bukan siapa yang mengedar video itu, tapi siapakah watak dalam video itu, Papagomo tak bersendirian, saya, Gap, Keris Putera, The Flying Kick, House PK, Semut Hitam dan lain-lain akan bersama-sama dengan saudara...

Walau dihentam oleh juak-juak dari Pakatan Rosak, namun kita tetap terus berjuang, dulu mereka ini kata "Reformasi" , sekarang kita beri mereka "Reformasi", kita akan lawan habis-habisan, tugas pendekar, kita lawan habis-habisan demi kebenaran...

Jangan gentar.....apapun halangan dan ujian , ALLAH bersama-sama orang yang sabar!!!!

Kami bersamamu.....

Wassallam.......Can You Hear it Calling? Revolution!!!!

Sudahlah, Kak Wan!

Salam Perjuangan,

Panas! Panas! Panas!, Kak Wan dah Panas, wartawan kena tengking, tanya pasal jam dah kak wan melatah...
Yang khalid berahi ini masuk campur apasal, nak tutup skandal  Yayasan Selangor ke? Kebodohan kamu sudah ketara, semalam saya tengok buletin utama, kak  wan buat PC, saya nak tergelak, macam mana kononnya bakal first lady of Malaysia buat macam itu? Baik lagi Kak Rosmah atau Kak Hasmah atau Arwah Kak Endon, they are professionals...tengok Kak Wan, nak tergelak saya, patutnya Kak Wan masuk Maharaja Lawak, baik dari budak Jihan tu!!!

Sudah, cukup Kak Wan, yang salah tetap salah, walaupun yang buat dosa tu suami Kak Wan sendiri...

Kak Wan kata Abang Nuar tak salah, kononnya konspirasi...sikit sikit konspirasi, tak ada ayat lain!

Sebenarnya Abang Nuarlah kepala konspirasi, ramai orang dah jadi mangsanya, dalam hal politik dan peribadi...

Tanya Datuk Nalla, Ezam, Saiful, Anuar Shaari, Lokman Adam,  Zahrain, Zul Nordin dan ramai lagi.....sedangkan mereka pernah jadi penyokong tegar Abang Nuar!!! Mereka keluar pasal perangai Abang Nuar.

Sebenarnya saya kesian dengan Kak Wan, anak kakak macam Nurul Izzah dan Ehsan, pasal perangai Abang Nuar, kak anak beranak jadi mangsa, tapi kenapa Kak Wan buta pada kebenaran dan celik pada pembohongan, kenapa begitu Kak Wan...? Why?

Kak Wan baik sebenarnya, oleh kerana perangai Abang Nuar, akak buat macam ini..

Cukup lah Kak Wan, sampai bila nak pertahankan Abang Nuar.?

Sudahlah Kak Wan, saya doa agar Allah beri hidayah dan taufik pada Kak Wan supaya kenal siapa Abang Nuar yang sebenarnya.

Bermuhasabahlah Kak Wan.

Wassallam. Revolution!!!

Saturday, April 2, 2011

Mat Sapu hina orang mati?

Salam Perjuangan..

Mat Sabu @ Mat Sapu hina Arwah Pak Ghafar Baba. Orang  dah meninggal pun, nak dihinanya..
Punya kurang ajar. Ghafar baba tu 100 kali lebih baik dari Mat Sapu, lagi-lagi Nik Aziz..